Ariana Grande dedah hidap kemurungan, masalah pemakanan - Utusan Malaysia

Ariana Grande dedah hidap kemurungan, masalah pemakanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Ariana Grande mendedahkan penampilannya yang semakin kurus adalah disebabkan masalah kemurungan dan gangguan makanan yang sudah lama dihidapi.

Dedah penyanyi Thank You, Next itu, dia pernah mengambil pelbagai ubat anti-kemurungan dan masalah pemakanan sehingga menyebabkan dia menjadi terlalu kurus.

“Saya tahu semua ini tidak perlu dijelaskan. Tetapi saya mahu jadi lebih trbuka. Saya mahu anda tahu, sihat itu hadir dalam pelbagai rupa.

“Besar, kecil, tinggi atau rendah, sihat itu ada pelbagai rupa dan kecantikan tersendiri.

“Kita punya pilihan sama ada memberi fokus kepada perkara yang positif sahaja atau terus melihat sesuatu dari sudut pandang negatif,” katanya.

Ariana mendedahkan masalah kesihatan yang dialaminya itu di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, isteri kepada agen hartanah, Dalton Gomez itu turut meminta agar segelintir netizen bersifat lebih memahami dan tidak mudah menghukum seseorang.

“Anda tidak pernah tahu apa yang seseorang sedang tempuhi dalam kehidupannya. Mungkin anda datang daripada keluarga yang bahagia. Tetapi tidak semuanya memiliki kebahagian itu.

“Jadi lebih baik kita berbaik dengan semua orang dan cuba memahami setiap orang ada perjuangan mereka sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.