Anak yatim tak lupa belikan adik baju raya - Utusan Malaysia

Anak yatim tak lupa belikan adik baju raya

Selain bantuan daripada pelbagai pihak, sebanyak 8.7 juta orang daripada keluarga B40 akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 secara berperingkat mulai esok bagi meringankan kos sara hidup menjelang Aidilfitri. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang anak yatim yang terpilih pada program sumbangan baju raya tidak lupa untuk berkongsi ke­gembiraan itu apabila membelikan pakaian baharu untuk adik lelakinya.

Muhammad Fitri Nasrullah Mohd. Rosdi, 10, berkata, dia menggunakan sebahagian peruntukan RM250 diberikan Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd. (EPIC) untuk memilih pakaian baharu buat adik lelaki berusia sembilan tahun.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran di sini berkata, dia dan adiknya terkesan setelah kehilangan bapa akibat kanser hati pada tahun lalu.

“Beberapa hari lalu, ibu (Lai­latul Hayatul Mohd Nor, 39) be­ritahu belum cukup duit untuk membeli pakaian raya buat kami adik-beradik. Saya faham sebab ibu bertungkus-lumus menyara kami dengan menjual kuih.

“Alhamdulillah sebaik sahaja pengurusan EPIC memberitahu saya boleh memilih apa-apa pakaian dengan peruntukan RM250, saya gunakan sebahagiannya beli seluar dan baju untuk adik,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam.

Katanya, pakaian baharu itu akan digayakan bersama adik­nya pada sambutan Aidilfitri ini.

Dalam pada itu, dia me­ngakui sedih kerana kali pertama me­nyambut puasa dan Syawal tanpa bapa tersayang yang me­ninggal dunia pada hari kedua Ramadan tahun lalu.

“Ayah sentiasa membelikan makanan istimewa untuk berbuka puasa. Saya rindu kena­ngan ayah bawa kami solat tarawih di masjid,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ridzuan Ali berkata, EPIC yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM60,000 bagi meraikan 80 murid kurang bernasib baik pada program Jalinan Kasih Ramadan tahun ini.

Selain pakaian raya bernilai RM250, setiap kanak-kanak itu juga diberikan duit raya berjumlah RM150.

“Kakitangan EPIC menemani kanak-kanak terpilih membeli pakaian raya sebelum dibawa berbuka puasa di hotel agar mereka ceria pada bulan mulia ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.