Aina Abdul ada masalah dalaman dengan pengurus

Aina Abdul ada masalah dalaman dengan pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Aina Abdul enggan menjelaskan punca pengunduran pengurusnya kerana isu yang berlaku melibatkan masalah dalaman antara mereka.

Aina juga menjelaskan tindakan pengurusnya meletakkan jawatan dilakukan secara sukarela sejak sebulan lalu, dan bukan kerana berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Apapun yang berlaku antara kami, biarlah saya sahaja yang tahu. Saya pun tak berani nak cakap lebih-lebih.

“Ada masalah dalaman yang berlaku antara kami dan ia sangat peribadi untuk dikongsikan,” katanya.

Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani turut menjelaskan mana-mana individu yang keluar daripada hidupnya adalah keputusan diri sendiri serta mempunyai alasan mereka tersendiri.

“Saya tak singkirkan sesiapa pun sebab ia berlaku terlalu pantas.

“Lebih baik bertanya kepada pihak sebelah sana sebab dia sendiri mengundurkan diri secara sukarela,” katanya.

Dalam masa sama, Aina berkata, dia mahu bersikap profesional dan tidak mahu mengeruhkan keadaan disebabkan perkara itu.

“Saya bukan jenis bermasam muka dan berharap kami masih boleh bercakap seperti biasa apabila jumpa di mana-mana majlis,” katanya.

Isu berbangkit selepas timbul dakwaan mengatakan wujud kemelut antara penyanyi itu dengan bekas pengurusnya yang berkhidmat sejak 2019.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya