Aidilfitri: Mavcom lulus 527 penerbangan tambahan, 43 peratus lebih banyak 

Aidilfitri: Mavcom lulus 527 penerbangan tambahan, 43 peratus lebih banyak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) meluluskan 527 penerbangan tambahan atau 43 peratus lebih banyak untuk musim perayaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 

Mengikut pecahan penerbangan tambahan, AirAsia merekodkan 130 penerbangan diikuti Malaysia Airlines (184); Batik Air (173); MYAirline (10); Firefly (18) dan MASwings (12). 

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu bertujuan menampung permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Mavcom turut meluluskan penerbangan-penerbangan tambahan lain untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi dalam menangani peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan. 

Bagaimanapun, katanya, penetapan harga tiket biasa adalah berdasarkan mekanisme dinamik yang mana pembeli awal boleh mendapatkan harga terbaik apabila masih banyak tiket belum terjual, namun harganya boleh menjadi mahal apabila baki tiket semakin berkurang di pasaran. 

“Memandangkan syarikat penerbangan bajet telah menambah kapasiti tetapi masih tidak cukup untuk menampung permintaan yang tinggi, maka, kementerian dan Mavcom telah melaksanakan intervensi yang seterusnya. 

“Susulan perbincangan bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB), syarikat telah bersetuju meningkatkan kapasiti penerbangan. 40 penerbangan berjadual MAB akan menggunakan pesawat berbadan lebar Airbus A330 bagi menampung permintaan bagi sektor Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. 

“Intervensi kementerian dan Mavcom juga telah membawa kepada kelulusan kapasiti tambahan penerbangan domestik sebanyak 43.1 peratus lebih tinggi berbanding musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu,” katanya hari ini. 

Mengikut pecahan kelulusan permohonan penerbangan tambahan sehala sempena hari raya, sebanyak 220 direkodkan untuk penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan 170 dari Semenanjung ke Sarawak. 

Menurut kenyataan itu, kementerian terus bekerjasama dengan Mavcom bagi memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi tersebut untuk menggalakkan harga tambang penerbangan yang lebih berpatutan. 

“Mavcom komited meluluskan semua permohonan laluan oleh syarikat penerbangan semasa musim-musim perayaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya