Penahanan Ibu bapa Zayn Rayyan mengejutkan - Peguam

Penahanan ibu bapa Zayn Rayyan mengejutkan – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sebagai orang yang disyaki (OYDS) adalah satu perkara yang tidak dijangkakan.

Peguam yang mewakili kedua-dua pasangan suami isteri itu, Mahmud Abdul Jumaat berkata, pihaknya juga terkejut dan sudah pasti perkara ini turut mengejutkan rakyat Malaysia.

“Saya pun agak terkejut dan saya percaya semua satu Malaysia terkejut tentang perkara ini. Oleh itu, saya memohon semua netizen mendoakan agar keluarga kuat untuk menerima perkhabaran ini,” katanya ketika ditemui di mahkamah di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya memberi seluas-luasnya ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dengan penuh telus dan terperinci bagi mendapatkan keadilan.

“Sudah pasti, polis boleh memohon reman buat kali pertama selama tujuh hari untuk melengkapkan siasatan.

“Sekiranya dalam tempoh tujuh hari ini tidak dapat melengkapkan siasatan, mereka boleh memohon untuk permohonan reman kali kedua,” jelasnya.

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan direman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini.

Kedua-dua mereka ditahan reman bagi siasatan lanjut bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN