Ahli Parlimen DAP dilantik Penasihat Khas Menteri Kesihatan

Ahli Parlimen DAP dilantik Penasihat Khas Menteri Kesihatan

KEMENTERIAN Kesihatan berharap kenakan lima peratus peruntukan dalam Belanjawan 2023. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching daripada DAP, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila lantikan itu berkuatkuasa.

Sementara itu, Lee Wuen di Facebooknya semalam berkata, beliau akan menasihati Zaliha berhubung dasar dan pembaharuan kesihatan negara. 

“Saya akan terus memainkan peranan untuk melengkapkan kerja menteri dan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam hantaran ringkas semalam. 

Beliau turut berkongsi gambar menunjukkan tanda namanya dengan jawatan itu. 

Sebelum pembubaran Parlimen ke-14, Lee Wuen pernah mempengerusikan Jawatankuasa  Khas Parlimen (PSC) Kesihatan, Sains dan Inovasi. 

DAP Sarawak tidak mempunyai wakil dalam barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan yang dibentuk hujung tahun lalu.

Difahamkan, terdapat segelintir pihak yang berkeras untuk mengenepikan ahli Parlimen DAP Sarawak daripada Kabinet, sebagai pertukaran atas sokongan mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN