KOLEJ penerbangan, ADMAL Aviation College di Salak Tinggi, Sepang mengadakan program memasak bubur lambuk yang diagihkan kepada pelajar dan penduduk sekitar.
Menurut wakil penganjur, Anas Mohd. Bukhari, program tersebut telah lima kali diadakan melibatkan pelajar dan kakitangan akademik kolej tersebut.
Program tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ADMAL Aviation College, Abdul Malek Packeer. – UTUSAN