8.7 juta B40 terima STR Fasa 2 mulai Rabu

8.7 juta B40 terima STR Fasa 2 mulai Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 secara berperingkat mulai Rabu ini bagi meringkan kos sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, pembayaran itu akan dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar dalam pangkalan data STR secara berperingkat bermula 5 April ini.

Katanya, seramai 4 juta penerima kategori isi rumah akan menerima pembayaran berjumlah RM200 dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM800 juta, manakala kategori warga emas tiada pasangan, sebanyak 1.2 juta penerima akan mendapat RM100.

“Seramai 3.5 juta individu bujang akan menerima RM100 dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM350 juta,” katanya hari ini.

Katanya, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama.

Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023.

“Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu atau kemas kini STR diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian,” katanya.

Untuk rekod, sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN