62 pegawai kanan PDRM bertukar, dinaikkan pangkat

61 pegawai kanan PDRM bertukar, dinaikkan pangkat

MOHD. KAMARUDDIN MD. DIN (kiri), RAMLI MOHAMED YOOSUF (kanan) dan MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Mohd. Kamaruddin Md. Din antara 61 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tersenarai dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 15 Mei ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Mohd. Kamaruddin akan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)  dan jawatannya akan diisi oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Katanya, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur sementara Timbalan Pengarah Cawangan Khas 11, Bukit Aman, Datuk Ahmad Ramdzan Daud dilantik Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman.

“Turut terbabit dalam pertukaran itu adalah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dinaikkan pangkat Komisioner Polis dan dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

“Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat Komisioner Polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md . Isa pula bertukar ke Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sementara tempatnya diganti Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan.

“Turut tersenarai adalah Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood pula dilantik Penolong Pengarah Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Pertukaran itu turut membabitkan 52 pegawai kanan yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya