5 termasuk pengarah syarikat anjur festival raya Hooray X Fest  didakwa pagi ini

5 termasuk pengarah syarikat anjur festival raya Hooray X Fest  didakwa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima individu termasuk pengarah syarikat yang menganjurkan Festival Raya Hooray X Fest di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini, yang dibatalkan saat akhir didakwa pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua suspek berusia antara 23 tahun hingga 74 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah 4, Jalan Duta, pada pukul 11 pagi ini,” katanya di sini.

Semalam media melaporkan, pengurus dan pegawai pemasaran Hooray X Fest Raya disambung reman sehari bagi melengkapkan siasatan polis.

Kedua-dua suspek direman sejak 21 April lalu bagi siasatan festival beli-belah Syawal, Hooray X Fest Raya yang dibatalkan saat-saat akhir, Selasa lalu.

Sebelum itu, polis menahan tiga individu termasuk pengarah syarikat yang menganjur karnival berkenaan.

Karnival jualan sempena Aidilfitri yang sepatutnya bermula Selasa lalu di WTC dibatalkan di saat akhir akibat penaja utama menarik diri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN