14 gerai tutup, RM197,600 kompaun dikeluarkan KKM

14 gerai tutup, RM197,600 kompaun dikeluarkan KKM

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 640 bazar Ramadan seluruh negara digempur oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan 51,849 premis dan 14 daripadanya diarah tutup selain 2,188 notis dan kompaun berjumlah RM197,600 dikeluarkan kementerian tersebut.

Penutupan premis di bazar Ramadan tersebut dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, notis dan kompaun pula dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 iaitu keseluruhannya semasa operasi dijalankan pada 23 Mac hingga 16 April. 

KKM berkata, operasi itu melibatkan pemeriksaan premis dan pensampelan makanan bagi memastikan makanan disediakan selamat serta mematuhi kehendak Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Seramai 104,755 pengendali makanan diperiksa dengan pecahan 93 peratus atau 96,911 yang bekerja itu mempunyai suntikan anti-tifoid dan 84 peratus menghadiri latihan pengendali makanan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sehingga 18 April, KKM memaklumkan bahawa mereka menerima sebanyak 17 laporan aduan makanan di bazar Ramadan seluruh negara dan 15 daripadanya sudah selesai disiasat dan dua lagi dalam proses siasatan.

Tambahnya, KKM turut menerima dua laporan kejadian keracunan makanan yang berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan Asian City, Kota Kinabalu, Sabah dan bazar Ramadan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor.

“Kesemua kes mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berdekatan. Pendidikan kesihatan dan edaran risalah sudah diberikan kepada pengurusan bazar, kes terlibat dan kontak yang terdedah.

“Empat notis kompaun di atas kesalahan tidak mematuhi pakaian pengendali makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan kepada peniaga di bazar UiTM Segamat.

“Tapak bazar Ramadan UiTM Segamat juga diarahkan ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya