13 motosikal, empat skuter elektrik musnah terbakar di KLCC - Utusan Malaysia

13 motosikal, empat skuter elektrik musnah terbakar di KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 13 motosikal dan empat skuter elektrik hangus terbakar dalam kejadian di tempat parkir pusat belah-belah Suria KLCC di ibu negara, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 petang dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Keramat dengan kekuatan 15 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Mohd. iqbal Khan Malek Khan Khan berkata, setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati terdapat kebakaran melibatkan 13 motosikal dan empat skuter elektrik.

“Pemeriksaan mendapati sembilan motosikal dan empat skuter hangus terbakar manakala empat lagi rosak teruk akibat kejadian itu.

“Operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive untuk memadam kebakaran daripada merebak telah dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.04 petang.

“Punca dan kerugian kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya