Zambry ketuai Malaysia hadiri 3 program Komanwel di London

Zambry ketuai Malaysia hadiri 3 program Komanwel di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai sebanyak tiga program anjuran Pertubuhan Komanwel di London, Britain.

Beliau bakal julung kali menghadiri aktiviti Resepsi Hari Komanwel sempena sambutan Hari Komanwel 2023, Mesyuarat Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel dan Mesyuarat Tahunan Menteri Luar Komanwel.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, secara tradisi Hari Komanwel diraikan di Marlborough House, namun kali ini diubah ke Istana Buckingham disebabkan tahun pertama Raja Charles III menjadi hos Hari Komanwel sebagai Ketua Komanwel bagi menggantikan bondanya, mendiang Ratu Elizabeth II.

Acara tahunan tersebut pada kali ini juga signifikan bersempena Tahun Keamanan dan Tahun Belia Komanwel serta ulang tahun ke-10 pemeteraian bersejarah Piagam Komanwel.

Wisma Putra menambah, Malaysia yang mula menyertai Komanwel sejak 66 tahun lepas merupakan ahli aktif malah pernah menganjurkan program besar pertubuhan berkenaan antaranya Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel Ke-11 pada 1989 lalu dan muncul negara benua Asia pertama menjadi hos Sukan Komanwel pada 1998.

Penyertaan Malaysia sebagai anggota Mesyuarat Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel pada 2018 turut menyerlahkan komitmen negara ini dalam organisasi tersebut sekali gus membuktikan kesungguhan negara berkongsi matlamat sama terutama isu demokrasi, hak asasi manusia dan pembangunan.

Organisasi yang ditubuhkan pada 1949 lalu ini merupakan badan ketiga terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam dari segi keahlian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya