Zakir Naik pulang Malaysia dalam masa terdekat

Zakir Naik pulang Malaysia dalam masa terdekat

DR. ZAKIR NAIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Dr. Zakir Naik akan pulang ke negara ini dalam masa terdekat selepas selesai menghadiri beberapa program di Oman.

Memberitahu Utusan Malaysia, peguam Dr. Zakir, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, penceramah tersebut masih mempunyai program di negara itu.

“Saya baru sahaja menghubungi beliau (Dr. Zakir) tengah hari tadi dan dimaklumkan beliau akan pulang dalam masa terdekat ini.

“Beliau dalam keadaan baik dan dilayan baik di Oman,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini. 

Bagaimanapun, Akberdin tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kepulangan Dr. Zakir demi keselamatan. 

Sebelum ini, Akberdin mengesahkan penceramah terbabit selamat dan berada di hotel selain memaklumkan laporan berkaitan penahanannya sekadar berita rekaan.

Minggu lalu, terdapat desas-desus mengatakan penceramah bebas itu yang tiba Muscat, Oman, Rabu lalu bagi menyampaikan ceramah akan ditahan oleh pihak berkuasa India.

Bagaimanapun, Dr. Zakir melalui Facebook rasmi miliknya menafikan perkara itu dan mengesahkan telah selamat tiba di negara terbabit. 

Zakir menjadi buruan kerajaan India selepas berdepan dakwaan mahkamah berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama kini menetap di Malaysia.

Malah Kerajaan India pernah menghantar permohonan rasmi bagi mengekstradisinya pada Januari 2018.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya