Dua wanita tersesat mendaki Bukit Broga

Dua wanita tersesat mendaki Bukit Broga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyelamatkan dua wanita yang tersesat kira-kira tiga kilometer ketika mendaki Bukit Broga pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.52 pagi itu ditemukan dalam keadaan selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota bersama jentera serta dua orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian, komander operasi menerima maklumat daripada mangsa melalui talian telefon memaklumkan beliau telah tersesat dan tersasar dari landasan pendakian anggaran tiga kilometer dari kaki bukit. 

“Anggota bertugas membuat pendakian dan pencarian mengikut beberapa petunjuk yang diberi dan menemui mangsa iaitu dua wanita dewasa dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, anggota kemudiannya mengiringi mangsa turun ke kaki bukit dan menyerahkan kepada pihak polis yang telah berada di lokasi untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN