Yayasan Prife fokus santuni komuniti global

Yayasan Prife fokus santuni komuniti global

MAJLIS Ulang Tahun Pertama dan Anugerah Pengiktirafan Prife International di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Prife International melancarkan Yayasan Prife dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu dan menyantuni komuniti global di seluruh dunia.

Naib Presiden Kumpulan Prife International, Dr. Jimmy Chong berkata, pihaknya bukan hanya memfokuskan kejayaan dalam perniagaan semata-mata malah mahu memberi semula kepada masyarakat.

Beliau yang juga pengasas yayasan itu mahu bantuan kemanusiaan disalurkan kepada komuniti sejajar konsep kasih sayang yang menjadi fokus utama syarikat berkenaan.

“Konsep atau amalan kami adalah mengambil daripada masyarakat dan memberinya semula kepada mereka.

“Menerusi penubuhan Yayasan Prife, kami berhasrat membantu masyarakat mengatasi penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan demi masa depan,” katanya selepas merasmikan yayasan itu di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, kelmarin.

Yang hadir sama Presiden Kumpulan Prife International, Dr. Steven Lai; Pengerusinya, A. C. Goh dan Pengurus Besarnya, Kacy Tan bersama 2,500 tetamu dari 14 negara menyaksikan pelancaran dan meraikan ulang tahun pertama dan anugerah pengiktirafan khas kepada warga syarikat tersebut.

Dr. Jimmy berkata, pihaknya sangat menggalakkan semua pihak termasuk warga syarikat itu menyalurkan sumbangan kepada yayasan berkenaan.

“Kerjasama ini membantu kami memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi impak positif kepada kehidupan golongan yang memerlukan bantuan.

“Kami juga mahu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakan kongsi untuk mempromosikan konsep kebahagiaan dan membangunkan perniagaan sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Selain itu, kami menjadi penaja program Kesejahteraan Penjagaan Kesihatan Bertauliah Dunia di Bangi pada Julai tahun lalu. Semua kejayaan ini hasil kerjasama jitu semua pihak yang sentiasa menyokong kami sejak dua tahun lalu,” katanya.

Menurut Dr. Jimmy, Prife International komited mahu terus meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan syarikat sedia ada bagi semua pelanggannya.

Bertapak di Malaysia sejak 2021, Prife International kini mengembangkan sayap ke 50 negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, India dan Timur Tengah.

Produk kesihatan terkenal keluaran syarikat itu antaranya Peranti iTeraCare, loket IONShield, iTera-Bio dan yang terbaharu, minyak pati Arowave. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya