Yahaya pangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Yahaya pangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur

YAHAYA Othman (dua dari kiri) dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Azmi Abu Kassim yang bakal menerajui Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Yahaya mengambil alih tugas itu daripada Datuk Azmi Abu Kasim yang akan mengemudi Jabatan Pengurusan Bukit Aman pada 17 April ini.

Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan.

Menurut Sahabudin, pihaknya mewakili pucuk pimpinan teratas yakin dengan kepimpinan baharu bakal diterajui Yahaya sebagai pemangku.

“Saya yakin Datuk Yahaya telah bersedia mentadbir, dengan pelan strategik yang tinggi dan berimpak untuk Kuala Lumpur.

“Kepada semua pasukan Kontinjen KL, berikan sokongan penuh pada Datuk Yahaya bagi mengekalkan kecemerlangan yang ditinggalkan Datuk Azmi,” katanya dalam ucapannya hari ini.

Pada majlis tersebut turut berlangsung serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kuala Lumpur antara Datin Sharifah Rodziah Syed Agil dengan Datin Sumarnie Haris.

Sementara itu Azmi berkata, pengalaman menguruskan Kontinjen Kuala Lumpur sewaktu pandemik Covid-19 satu pengalaman yang sangat mencabar baginya ketika memangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua warga polis Kuala Lumpur tidak kira pangkat daripada anggota hingga pegawai memberikan kerjasama sepanjang dua tahun saya menerajui kontinjen ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya