Yadim sedia gerak kesedaran penggiat seni sensitif isu akidah

Yadim sedia gerak kesedaran penggiat seni sensitif isu akidah

ZAMRI Zainal Abidin memimpin bacaan doa sebelum melepaskan konvoi 20 penghantar makanan di reruai Yadim di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersedia menggerakkan pelbagai siri program kesedaran untuk para penggiat seni tempatan agar sensitif isu akidah.

Ia susulan kontroversi filem Mentega Terbang yang didakwa sebagai penghinaan kepada Islam dan cuba menghasut pemikiran masyarakat Muslim untuk bebas menjadi murtad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zamri Zainal Abidin, mungkin pihak terbabit tidak menyedari kandungan disiarkan mereka akan memberi pengaruh kepada ramai audien.

“Barang kali, mereka tidak tahu bahawa kalimah dirasakan itu tidak beri kesan tetapi dari segi hakikat dan syariat, ia ada impak besar kepada akidah,” jelasnya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi 20 penghantar makanan bermotosikal mengedarkan sumbangan barangan basah kepada penerima di Putrajaya dan kawasan berhampiran.

Mentega Terbang yang disiarkan menerusi platform penstriman Viu sejak 19 Januari lalu merupakan karya bersama ditulis oleh Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang percaya kepada konsep kelahiran semula selepas mati untuk menjadi makhluk lain sebagai balasan.

Malah ada babak yang menunjukkan ayah gadis itu berfahaman liberal tidak menyekat anaknya bebas murtad selepas mengkaji pelbagai kitab agama lain konon mencari jawapan.

Cereka berdurasi satu jam 44 minit itu tidak tertakluk Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana hanya ditayangkan melalui wadah atas talian dan bukan pawagam atau televisyen.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, Yadim boleh membantu para penggiat seni tanah air untuk lebih cakna dan prihatin kepada sensitiviti kandungan yang menyentuh akidah umat Islam.

Beliau walau bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berwajib bagi menilai balik status filem Mentega Terbang kerana Yadim tiada bidang kuasa menyekat penayangannya.

Terdahulu, sejumlah 20 penunggang motosikal dan juga merupakan Sukarelawan Yadim Penghantar Makanan digerakkan terus kepada 200 keluarga yang memerlukan bagi mereka yang tidak dapat hadir ambil barangan.

.Agensi berkenaan turut memperuntukan sebanyak RM100,000 untuk semua barangan tersebut untuk diedarkan termasuk mereka yang hadir sempena sambutan Hari Terbuka Putrajaya 2023 di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

reruai agensi itu akan menjual pelbagai jenis barangan basah kepada pengunjung pada harga potongan 30 peratus berbanding pasaran untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya