Warga emas cedera anak baling 'remote' televisyen

Warga emas cedera anak baling ‘remote’ televisyen

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki warga emas cedera apabila dibaling alat kawalan televisyen oleh anaknya dalam kejadian di Taman Bukit Teratai, Ampang Jaya, di sini semalam.

Kejadian pukul 7.30 pagi itu dikatakan berlaku apabila suspek lelaki berusia 41 tahun dipercayai berselisih faham dengan mangsa berusia 74 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, punca kejadian disebabkan suspek tidak membenarkan pengadu menonton televisyen kerana tidak suka tindakan bapanya yang suka menguatkan audio televisyen.

“Suspek kemudian membaling alat kawalan jauh televisyen ke arah mangsa yang terkena pada bahagian kepala pengadu sehingga dia mengalami kecederaan.

“Pengadu ada mendapat rawatan di Hospital Ampang berikutan kecederaan tisu dialaminya pada dahi susulan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek yang tidak bekerja itu ditahan di lokasi kejadian pada 2.20 petang, semalam.

Ujarnya, pihak polis turut merampas satu alat kawalan jauh televisyen yang digunakan oleh suspek ketika kejadian.

“Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah, manakala ujian awal saringan air kencing dilakukan didapati negatif dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Ampang hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN