Wanita mengaku salah laku khianat di rumah madu - Utusan Malaysia

Wanita mengaku salah laku khianat di rumah madu

SITI Fazira Mohd. Sofian (tengah) yang dituduh melakukan khianat di rumah madunya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman di Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang wanita yang juga isteri ketiga kepada seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suami di rumah madunya di Taman Gong Pauh, di sini, Ahad lalu.

Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, yang merupakan peniaga kedai emas membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah kira-kira pukul 2.15 petang, di kediaman madunya itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan semula untuk fakta dan hukuman pada 15 Mac ini.

PadaAhad lalu, wanita itu dilaporkan bertindak menceroboh masuk kediaman madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang suaminya yang merupakan peniaga penyaman udara kenderaan, tidak pulang ke rumahnya selama dua hari.

Dalam kejadian tersebut, berlaku pertengkaran mulut serta pergelutan antara kedua-kedua wanita itu menyebabkan madunya yang berusia 34 tahun mengalami luka di bahagian jari dan kereta BMW milik tertuduh turut dirosakkan wanita itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya