Wala’ Shamsul Anuar faktor undi tertinggi Pemilihan UMNO 2023

Wala’ Shamsul Anuar faktor undi tertinggi Pemilihan UMNO 2023

SHAMSUL ANNUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wala’ atau taat kepada parti boleh dikatakan menjadi faktor Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memperoleh undi tertinggi dalam Pemilihan UMNO 2023 berbanding jawatan lain yang dipertandingkan.

Ahli Parlimen Lenggong itu setakat kini mendapat 134 undi dalam persaingan Ahli Majlis Tertinggi (MT) daripada 191 bahagian sekali gus hampir menerima sokongan penuh membabitkan kira-kira 160,000 perwakilan seluruh negara yang terbabit dalam pemilihan parti berlangsung semalam.

Jumlah itu dilihat agak tinggi kerana terdapat 74 calon menawarkan diri sebagai ahli MT UMNO, malah jumlah pertandingan jawatan Naib Presiden masih belum mencapai ke tahap tersebut.

Umum mengetahui Shamsul Anuar merupakan pemimpin yang sanggup meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan kemudiannya menarik sokongan sekali gus jadi punca kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Perdana Menteri selama 17 bulan.

Meskipun tidak dilantik semula sebagai menteri ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, kesetiaan Shamsul Anuar tidak pernah pudar dan terus memberikan komitmen kepada parti sehingga kini.

Mungkin kesetiaan itu, Shamsul Anuar dilantik sebagai Timbalan Menteri di bawah kerajaan perpaduan meskipun ramai pemerhati politik menyifatkan sebagai turun pangkat berbanding jawatan sebelum ini sebagai menteri penuh.

Ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) dibadai kemerosotan sokongan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau terus menjadi pilihan pengundi apabila antara 30 ahli Parlimen yang berjaya memenangi Parlimen Lenggong di saat perubahan gelombang rakyat kepada parti lawan.

Namun selain Shamsul Anuar, antara pemimpin setia yang mendapat sokongan perwakilan adalah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memperoleh undi tertinggi calon MT.

Malah Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang pernah meletakkan jawatan menteri ketika kerajaan Muhyiddin terpilih semula sebagai ketua sayap pergerakan Wanita UMNO dalam persaingan dua penjuru antara beliau dengan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Berbanding calon lain yang dikatakan tidak cenderung kepada UMNO, mereka mengalami kekalahan setelah ditolak perwakilan menerusi undian berlangsung semalam.

Berikut pula adalah kedudukan 25 teratas bagi Ahli MT (setakat 10.40 pagi)

1- Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah 

2- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 

3- Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz 

4- Datuk Seri Ahmad Maslan 

5- Datuk Seri Bung Mokhtar Radin 

6- Datuk Seri Azeez Abdul Rahim 

7- Datuk Ahmad Jazlan Yaakob 

8- Datuk Azian Osman 

9- Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin 

10- Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin

11- Datuk Mohd Razlan Rafii

12- Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad

13- Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

14- Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

15- Datuk Zahida Zarik Khan

16- Datuk Johan Abd Aziz

17- Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

18-Datuk Seri Dr Ahmad Said

19- Datuk Seri Jamil Khir Baharom

20- Isham Jalil

21- Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

22- Datuk Seri Jalaludin Alias

23- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

24- Datuk Lokman Adam

25- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya