PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang membuat pembelian tambahan baharu vaksin Covid-19 buat masa ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah vaksin sedia ada yang dibeli di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih mencukupi. “Buat masa ini jumlah vaksin Covid-19 sedia ada yang dibeli di bawah PICK masih mencukupi. “Sehubungan dengan itu tiada keperluan untuk kerajaan membuat pembelian vaksin tambahan buat masa…










