Uqasha Senrose sahkan lelaki serang Kamal Adli siuman

Uqasha Senrose sahkan lelaki serang Kamal Adli siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan individu yang menyerang suaminya, Kamal Adli di sebuah acara ekspo di Singapura adalah masih siuman.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Uqasha memberitahu lelaki tersebut menyerang suaminya menggunakan cota besi bertubi-tubi sehingga menyebabkan Kamal mengalami pendarahan teruk.

Uqasha turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan komen sinis kerana dia sendiri menyaksikan kejadian tersebut di depan mata.

“Kalau tak ada benda yang elok atau baik nak cakap, jangan cakap apa-apa.

“Suami aku berdarah-darah depan mata aku. Aku isteri jadi trauma dan menggigil. Tolong jangan komen benda bodoh!” tegasnya.

Dalam masa sama, Uqasha turut mengesahkan lelaki yang menyerang suaminya merupakan warga Singapura.

“Aku sendiri lihat kad pengenalan dia. Tapi aku tak cakap semua orang Singapura jahat atau sebaliknya.

“Lelaki yang libas suami aku pakai cota besi itu siuman normal,” katanya.

Akibat serangan itu, Kamal perlu ditidurkan bagi menjalani pembedahan selepas cedera parah akibat pendarahan teruk berpunca daripada lubang besar di bahagian dalam kepalanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya