Uqasha Senrose buat laporan polis, difitnah pembuli

Uqasha Senrose buat laporan polis, difitnah pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose membuat laporan polis berhubung dakwaan berbaur fitnah oleh seorang wanita yang mengaku kononnya dia menjadi mangsa buli sejak zaman sekolah.

Uqasha berkata, dia juga melantik peguam bagi menguruskan kes tersebut serta tindakan susulan yang akan diambil terhadap pengadu berkenaan.

“Segalanya akan terjawab nanti dan pihak peguam akan buat siasatan terperinci. Saya pun hairan bagaimana dia boleh tuduh saya pernah buli dia?

“Saya nak tegaskan tak pernah buli orang di sekolah sebab saya yang banyak berpindah sekolah masa tingkatan empat dan lima dulu,” katanya menerusi sesi perkongsian live di Tiktok, semalam.

Bagi menangkis tohmahan yang hanya bersumberkan sekeping gambar di sekolah, Uqasha mencabar pengadu mengemukakan segala bukti yang boleh mengaitkan dirinya sebagai pembuli.

Malah, katanya, timbul kehairanan, kenapa kes yang sudah berlaku sejak 15 tahun lalu baru hendak dibongkarkan sekarang.

“Ini bukan benda kecil sampai saya terpaksa baca benda tak betul dan trending di Twitter. Kalau betul kenapa sekarang baru nak cerita? Kononnya macam-macam saya dah buat pada awak.

“Kak Yongnya saya, kuatnya saya sampai boleh buat awak jadi trauma. Awak tuduh saya kaki buli, talam dua muka sampai buat orang lain nak bunuh diri.

“Saya teringin nak kumpulkan guru-guru dan rakan-rakan sebab sekolah itu pun masih ada, betul ke saya ini pembuli?” soalnya.

Uqasha berkata, serangan buli siber terhadap dirinya langsung tidak menjatuhkan semangat dan moralnya ketika dia sendiri berdepan dugaan besar dalam hidup.

Tegasnya, dia perlu kuat demi kesihatan mental diri sendiri serta suami tercinta yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

“Awak tak berjaya buat saya lemah, sebaliknya awak buat saya lebih bersemangat.

“Awak kacau mental saya, siapa buli siapa sekarang? Kalian yang turut komen macam-macam di Twitter juga seolah-olah sudah kenal lama dengan saya sebenarnya buli siber terhadap saya,” katanya.

Semalam, nama Uqasha tidak semena-mena menjadi sohor kini di Twitter selepas dikaitkan kes buli yang didakwa kononnya berlaku di sebuah sekolah, 15 tahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya