UMNO Kedah bakal tampil lebih mantap di bawah Mahdzir - Utusan Malaysia

UMNO Kedah bakal tampil lebih mantap di bawah Mahdzir

KAMARUL AZMAN KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: UMNO Kedah diyakini bakal tampil lebih mantap dan berada di landasan tepat untuk bangkit lebih kuat dibawah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, beliau melihat pemilihan Mahdzir sangat tepat dan bersesuaian memandangkan UMNO Kedah memerlukan seorang nakhoda atau tokoh berwibawa bagi mengemudi bahtera parti di negeri itu.

Katanya, kepemimpinan Mahdzir yang mempunyai pengalaman cukup luas itu mampu mengembalikan kekuatan UMNO di Kedah khususnya dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Kalau kita lihat momentum kepemimpinan baharu ini perlu diteruskan dengan wujudnya tokoh untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Kedah selain kembali mendapat mandat di hati masyarakat khususnya golongan muda.

“Kalau kita lihat pada pilihan raya lalu di mana pengundi muda masih lagi belum memihak kepada UMNO dan rentetan daripada itu juga mengakibatkan UMNO di Kedah tewas dan seterusnya kerajaan negeri itu di terajui Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin nakhodanya iaitu Menteri Besar.

“Berbekalkan kepada pengalaman, kebolehan serta keserasian Mahdzir bersama pimpinan UMNO yang sedia ada mampu memberi kelebihan kepada parti itu khususnya di Kedah,” katanya di sini hari ini.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah dan menteri di peringkat pusat sebelum ini kembali menerajui UMNO negeri itu bagi menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tambah Kamarul Azman, Mahdzir juga dilihat pemimpin paling sesuai dalam mengembalikan zaman kegemilangan UMNO Kedah.

“Malah, PRN Kedah tidak lama lagi juga bakal menjadi kayu pengukur sejauh mana kekuatan UMNO untuk kembali bangkit khususnya dalam menarik sokongan anak muda.

“Perlu ada keserasian muka lama dan baharu untuk membentuk gandingan yang mantap.

“Perlu ada kesepakatan, keserasian dan keharmonian gandingan lama dan baharu itu supaya kegemilangan UMNO Kedah akan kembali kepada landasannya serta dapat menarik kembali sokongan anak muda untuk kembali bersama parti itu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya