Tun M kecewa, anggap dihalang suarakan permasalahan Melayu

Tun M kecewa, anggap dihalang suarakan permasalahan Melayu

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan menganggap seolah-olah dihalang daripada bercakap tentang masalah orang Melayu di negara.

Beliau merujuk penganjuran program Proklamasi Melayu yang dibatalkan empat kali.

Katanya, program itu tidak melibatkan atau menyentuh kaum lain tetapi tetap dianggap sebagai hasutan.

“Apa sudah jadi? Saya takut, kerana di tanah air saya, di Malaysia, di Tanah Melayu saya tidak boleh bercakap berkenaan masalah orang Melayu.

“Tidak boleh berjumpa pun, tidak ada tempat. Semua tolak, empat kali kena tolak ‘atas arahan pihak atasan’. Nak lancar proklamasi orang Melayu tanpa sentuh kaum lain, itu hasutan. Sedition,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan, penganjuran program dinamakan Proklamasi Melayu yang dijadual disertaiDr. Mahathir dibatalkan.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang di sebalik pembatalan tempahan penganjuran program itu. 

Beliau yang juga Penasihat Sekretariat Proklamasi Orang Melayu berkata, tiada apa yang boleh dilakukan seperti pembatalan itu melainkan ia telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri sehingga menyebabkan pihak pengurusan dewan terpaksa membatalkan tempahan yang sudah dibuat. 

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu percaya bahawa pembatalan program berkenaan kerana merujuk kepada ucapan Anwar sebelum ini yang ditujukan terhadap beliau dan ahli keluarganya.

Mahathir turut mempersoal apakah beliau boleh menggunakan media sosial tanpa dituduh sebagai penghasut.

“Saya minta ampun jika dakwaan ini salah. Jika salah saya mengeluh tentang nasib orang Melayu, tak apalah. Saya tidak lagi akan mengeluh.

“Orang Melayu miskin jual negara. Okaylah. Orang miskin tidak perlu negara, jangan buat apa-apa. Itu hasutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN