Tujuh pemimpin UMNO Sabah tanding MT

Tujuh pemimpin UMNO Sabah tanding MT

MOHAMAD ALAMIN, BUNG MOKTAR RADIN dan ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tujuh pemimpin UMNO Sabah bertanding bagi jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi sesi 2023-2026.

Tujuh pemimpin itu termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Turut bertanding jawatan MT ialah Timbalan Menteri Luar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin; Ketua UMNO Bahagian Beluran Julie Sabran; Ketua UMNO Bahagian Penampang Datuk Mohd Asnol Ayub; Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing.

Satu-satunya calon dari Wilayah Persekutuan Labuan turut menawarkan diri dalam pemilihan AMKT UMNO ialah Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Bung Moktar berkata, penyertaan ramai calon yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan UMNO pada kali ini jelas menunjukkan parti itu masih relevan.

“Kita melihat pelbagai latar belakang telah menawarkan diri untuk merebut tempat di peringkat pusat. Ia sudah pasti mampu memperkasa UMNO untuk menghadapi cabaran akan datang.

“Demokrasi dalam UMNO tetap subur dengan jumlah calon yang menawarkan diri pada pemilihan kali ini termasuk tujuh calon dari Sabah.

“Kita yakin calon gandingan muka lama dan baharu ini akan dapat memberikan sumbangan pemikiran ,menyatukan dan memperkasakan lagi UMNO untuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan itu berkata, pemilihan UMNO kali ini amat menarik dan kehadiran banyak calon bertanding menunjukkan UMNO masih subur.

 

ABDUL RAHMAN DAHLANBiarpun berlaku tsunami kecil politik dengan tindakan sebilangan ahli dan pemimpin UMNO keluar parti bagi menyertai parti lain namun, keanggotaan UMNO masih lagi kukuh dengan hampir 600,000 orang ahli UMNO di seluruh Sabah.

“Saya berharap agar ahli-ahli UMNO dapat menjadikan persidangan kali ini sebagai platfrom untuk memperkukuhkan dan memperkasa parti selepas pemilihan ini,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pemilihan UMNO memaklumkan bahawa secara keseluruhannya seramai 383 orang calon layak bertanding pada pemilihan UMNO sesi 2023/2026 di peringkat pusat.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.