Tidak Rasmi: Ahmad Bashah, Nazif antara menang di Kedah

Tidak Rasmi: Ahmad Bashah, Nazif antara menang di Kedah

AHMAD BASHAH MD. HANIPAH dan MOHD. NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah memuktamadkan kepulangan semula ke arena politik apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, keputusan tersebut menyaksikan Ahmad Bashah yang berusia 73 tahun meraih kemenangan selesa ke atas pemangku jawatan tersebut sebelum ini, Zambri Mat, 44.

Selain Ahmad Bashah, sumber turut memaklumkan bahawa Datuk Mohd. Nazifuddin Najib yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Kemenangan individu berusia 39 tahun itu ke atas pemangku jawatan tersebut, Nor Saidi Nanyan membolehkan beliau bergelar sebagai Ketua UMNO Bahagian termuda di Kedah bagi penggal terbaru ini.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum yang pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu gagal dalam percubaannya untuk kembali menggenggam kedudukan itu.

“Beliau ditewaskan oleh Datuk Aminuddin Omar yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu dalam penggal sebelum ini.

“Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga dilihat tidak bermasalah mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai dalam saingan empat penjuru di bahagian itu.

Sumber itu juga memaklumkan, setakat pukul 8 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Muhar Hussain dan Datuk Syed Ali Syed Rastan mempertahan jawatan masing-masing sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling, Kulim Bandar Baharu serta Pokok Sena.

“Datuk Abdul Muthalib Harun yang sudah tiga penggal memegang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah berjaya menewaskan penyandang, Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid serta dua calon lain untuk diangkat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah,” katanya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob pula terus mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pendang, manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menang tanpa bertanding di Bahagian Padang Terap. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya