Azhari kekal Ketua UMNO Shah Alam - Utusan Malaysia

Azhari kekal Ketua UMNO Shah Alam

Shah Alam
AZHARI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyandang Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berjaya mengekalkan jawatan itu pada pemilihan kali ini.

Walaupun dihimpit pertuduhan di mahkamah atas kesalahan penyelewengan dana, beliau tetap peroleh kemenangan dengan 346 undi menewaskan bekas Ketua Pemuda bahagian itu, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop dan Zamri Shaari.

Azhari berkata, pemilihan itu dianggap perjalanan paling panjang dan amat mencabar buat dirinya.

“Biarpun menempuh pelbagai dugaan dan cabaran kali ini, saya nekad mahu terus berjuang demi UMNO.

“Alhamdulillah, kekukuhan jentera dan sokongan semua memberi kemenangan paling bermakna kepada saya,” katanya pada majlis pengumuman rasmi keputusan pemilihan bahagian itu awal pagi tadi.

Menurutnya, beliau akan memfokuskan usaha membangkitkan semula parti keramat itu dan bekerja dengan semua akar umbi.

“Tidak semua menang dan tidak semua kalah. Kita kerja bersama-sama demi bangsa, agama dan negara,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Mua’adzam berkata, beliau menerima keputusan itu dengan redha dan hati terbuka. 

“Sesi pemilihan UMNO Bahagian Shah Alam bagi 2023-2026 telah selesai dan saya memperoleh sebanyak 252 undi. Terima kasih kepada para perwakilan yang memberi sokongan dan undi kepada saya. Maaf dan doakan saya,” katanya.

Pada 14 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Azhari berdepan hukuman penjara lima tahun apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan menyeleweng dana program ibadah korban bernilai RM440,000 dan penggunaan dokumen palsu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.