Thai Hot Guy: Tak wajar anjur acara boleh wujudkan keresahan masyarakat 

Thai Hot Guy: Tak wajar anjur acara boleh wujudkan keresahan masyarakat 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjuran aktiviti yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tidak wajar diteruskan terutama pada bulan Ramadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang jenis penganjuran seharusnya mengambil kira sikap saling menghormati antara masyarakat dan sesama kaum yang mempunyai sensitiviti mereka tersendiri.

“Kita kenal pasti dahulu fakta, siapa buat dan kelulusan oleh pihak mana sama ada berkuasa tempatan atau mana-mana (pihak).

“Tetapi reaksi umum saya adalah jelas, memasuki ambang Ramadan ini sebaik-baiknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan sebab ia mewujudkan keresahan terutama ketika umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan suci ini.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya cenderung untuk menyebut (adalah) menjadi kewajipan semua apabila tiba bulan suci ini kita hayati dalam konteks memuliakannya dan mengambil peluang mengukuhkan elemen saling memahami, hormat-menghormati serta tidak masuk ‘territory’ yang dianggap boleh mencetuskan sensitiviti,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persembahan yang bakal menampilkan lelaki berpakaian wanita atau Thai Hot Guy pada program Grand Opening Privacy Club Tun Razak, 30 Mac ini. 

Terdahulu, sebuah bar di ibu negara menyiarkan poster pelancaran mereka dalam media sosial dengan imej kumpulan Thai Hot Guy sebagai tetamu undangan yang menjadi penghias poster.

Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang awam yang mengkritik acara itu sehingga pihak penganjur menutup ruangan komen mereka dalam laman Facebook.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran acara tersebut yang mencetuskan perbalahan dalam media sosial ketika ini, Saifuddin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan sewajarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya