‘Terima kasih PM, 26 bank setuju beri moratorium’ - Utusan Malaysia

‘Terima kasih PM, 26 bank setuju beri moratorium’

ONN Hafiz Ghazi melepaskan Konvoi Pasca Banjir Southern Volunteers (SV) di Dataran Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menyambut baik keputusan 26 bank yang bersetuju memberikan bantuan kepada peminjam yang terjejas akibat banjir, termasuk pemberian moratorium.

Justeru Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyambut baik cada­ngan dibuat beliau sebelum ini.

“Saya ada dapat maklumat daripada Kerajaan Persekutuan, hampir 26 bank sudah bersetuju untuk berikan moratorium dan bagi pihak kerajaan negeri saya mengucapkan jutaan terima kasih Perdana Menteri kerana telah menjawab soalan tentang moratorium dalam sidang Dewan (Rakyat),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Pasca Banjir Southern Volunteers (SV) di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini semalam.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya komi­ted membantu mangsa banjir di seluruh negara, termasuk memberikan moratorium.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memberitahu, seramai 231 sukarelawan SV telah digerakkan ke daerah Segamat yang merupakan salah sebuah daerah yang teruk terjejas akibat banjir kali ini.

“Kita harap dengan bantuan yang kita gembleng dapat me­ringankan beban mangsa banjir, bukan sahaja pada ketika banjir berlaku, malah juga selepas banjir iaitu kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

“Seramai 231 sukarelawan daripada pelbagai agensi, antaranya pejabat daerah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Persatuan Bulan Sabit Merah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya