Tanggungjawab, Aurora ‘trauma’ alasan minta cerai - Utusan Malaysia

Tanggungjawab, Aurora ‘trauma’ alasan minta cerai

DIANA Danielle dikerumuni media di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam berikutan kes perceraian bersama suaminya, Farid Kamil. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tanggungjawab. Itu alasan diberikan pelakon utama Imaginur, Diana Danielle ketika ditanya alasan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil.

Pelakon terbabit bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Diana Danielle juga memaklumkan anak perempuan mereka, Aurora atau nama penuhnya Nur Aurora juga ‘trauma’.

Beliau mengulas kenya­taan Farid Kamil yang menyatakan sudah 23 hari tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya.

Farid Kamil tidak dibenarkan memasuki rumah kelamin yang disewa Diana Danielle sejak 3 Mac lalu sebelum wanita terbabit memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac.

Ahad lalu, Farid Kamil meluahkan kerinduannya kepada anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Aurora, 8, di laman sosial Instagram miliknya.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Pe­taling, Subang Bestari memaklumkan, pada Jumaat lalu (24 Mac), anak guamnya itu telah memperoleh hak penjagaan sementara (interim) bagi kedua-dua anak mereka.

Sesalinan hak penjagaan itu juga telah diserahkan kepada Farid Kamil pada prosiding semalam.

Hak penjagaan itu diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Zulfikri Ya­soa’. Permohonan hak penja­gaan penuh akan didengar pada 5 April ini.

Sungguhpun begitu, Akberdin menjelaskan tiada halangan buat Farid Kamil untuk bertemu de­ngan anak-anaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.