Syamsul, Puteri Sarah Liyana hadir ke pejabat Jawi, bincang jalan penyelesaian kemelut rumah tangga - Utusan Malaysia

Syamsul, Puteri Sarah Liyana hadir ke pejabat Jawi, bincang jalan penyelesaian kemelut rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Doakan terbaik’.

Demikian harapan pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap kemelut rumah tangganya yang berlanjutan sejak empat tahun lalu.

Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 9.30 pagi di sini, hari ini, sambil ditemani seorang ahli keluarganya bagi sesi perbincangan mencari jalan perdamaian dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Difahamkan, Puteri Sarah akan hadir ditemani adiknya ke sesi tersebut.

“Mudah-mudahan itu yang saya nak. Moga Sarah boleh bincang secara baik dengan saya,” katanya.

7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya