Sultan Selangor rasmi Hospital Cyberjaya

Sultan Selangor rasmi Hospital Cyberjaya

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya di sini hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni; Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Sha’ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Cyberjaya, Dr. Shahabudin Ibrahim.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menandatangani plak perasmian Hospital Cyberjaya dan seterusnya baginda berdua mencemar duli melawat Jabatan Radiologi, Farmasi Pesakit Luar dan Wad Pediatrik.

Hospital Cyberjaya yang mula beroperasi pada 11 November tahun lalu merupakan projek reka dan bina dengan peruntukan kos sebanyak RM508.8 juta membabitkan keluasan 12.82 ekar.

Ia merupakan hospital pakar major yang diletakkan di bawah program Hospital Kluster Selangor Selatan bersama-sama Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Ampang.

Selain itu, Hospital Cyberjaya merupakan hospital awam pertama yang menerima penarafan Green Building Index tahap platinum berdasarkan faktor-faktor seperti kecekapan tenaga, kecekapan penggunaan air dan penggunaan bahan mesra alam melalui pengasingan bahan buangan secara efektif.

Hospital itu turut mempunyai ciri-ciri khas seperti pengumpulan air hujan, penggunaan tenaga solar dan lampu sensor serta tempat pengecasan kereta yang menjadi antara kriteria kejayaan penarafan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya