Senarai 400 klinik daif akan diserah kepada Kementerian Kewangan - Utusan Malaysia

Senarai 400 klinik daif akan diserah kepada Kementerian Kewangan

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Senarai klinik daif yang perlu dinaik taraf akan diberikan kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat untuk melaksakan kerja membaik pulih.

Dalam hal ini, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia telah tersenarai dan pihaknya mengambil maklum mengenainya yang diterima daripada Pengarah Kesihatan.

Tambahnya, kerja membaik pulih klinik daif itu tidak mengira kawasan sama ada ia di dalam kawasan kerajaan mahupun pembangkang.

“Dalam Belanjawan 2023 kita memberikan peruntukan kepada 400 fasiliti termasuk klinik daif yang kadangkala saya sebut nazak yang begitu banyak di seluruh negara bukan sahaja di Sabah, Sarawak, Kelantan atau Terengganu tetapi juga di tempat saya di Johor.

“Saya nak menjawab bahawa kita tidak memilih kawasan daripada kerajaan atau pembangkang, kita kena ingat perkhidmatan kesihatan tidak boleh dipolitikkan, kita menaik taraf klinik daif tanpa mengira parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 menjelaskan yang kerajaan telah menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan 400 klinik dan 380 sekolah daif dengan peruntukan RM1.2 bilion.

Mengenai fasiliti parkir yang menjadi masalah utama bagi pesakit dan pelawat, Dr. Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan untuk menyediakan kemudahan itu di tempat lapang berhampiran.

“Dalam usaha memperbaiki sistem itu, kita ada meminta supaya pengarah hospital atau pengarah kesihatan negeri mengenal pasti tempat letak kereta di kawasan lebih jauh dan sediakan bas perantara.

“Kita ada juga berbincang dengan Ahli Parlimen Selayang (William Leong Jee Keen) bagi Hospital Selayang supaya gunakan stadium sebagai kawasan tempat letak kereta dan sediakan bas perantara bagi membawa pesakit ke hospital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.