Seludup warga Filipina: Pegawai bakal dibuang kerja

Seludup warga Filipina: Pegawai bakal dibuang kerja

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bakal berdepan tindakan buang kerja. Itu tindakan bakal dikenakan terhadap anggota dan pegawai yang didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan pendatang haram warga Filipina ke Semenanjung Malaysia melalui Lapangan Terbang Tawau (LTT) baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh menegaskan, jabatannya tidak akan berkompromi berhubung isu berkenaan dan jika didapati bersalah tindakan sewajarnya dikenakan termasuk dibuang kerja.

“Itu bergantung kepada proses perundangan yang berlaku, kita beri masa sedikit lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membanteras sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina melalui jalan udara dari Sabah ke Semenanjung Malaysia.

Setakat Isnin lalu, 10 suspek termasuk enam pegawai JIM ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan sindiket berkenaan dan kesemua mereka dibebaskan hari ini.

Pada masa sama, Ruslin berkata, beliau tidak boleh memberi penjelasan lanjut berhubung perkara tersebut kerana ia masih dalam siasatan SPRM.

“Paling pentingnya adalah kita (JIM) memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau menegaskan, JIM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan dan terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Jelasnya lagi, tindakan segelintir yang melakukan kesalahan amat kecil jika mahu dibandingkan dengan kekuatan belasan ribu anggotanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya