Sekali lagi menjadi mangsa berita palsu, Ezad Lazim bakal saman pelaku jika berulang. - Utusan Malaysia

Sekali lagi menjadi mangsa berita palsu, Ezad Lazim bakal saman pelaku jika berulang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ezad Lazim, 43, memberi amaran kepada individu yang mereka dan menyebarkan cerita palsu tentang kematiannya agar menghentikan tindakan tersebut.

Tegas vokalis kumpulan Exists ini, sekiranya perkara itu berulang di masa akan datang, dia akan mengikut saranan yang diberikan, mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang disebalik jenayah berkenaan.

“Saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya pelaku tidak dapat pengajaran dan masih mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

“Langkah ini bukan sahaja untuk saya, malah untuk rakan artis lain yang turut berdepan masalah yang sama.

“Buat masa sekarang, saya masih boleh bersabar dan memaafkan. Tetapi sekiranya ia berlaku lagi, saya akan ambil tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Berita palsu berkenaan kematian Ezad tular sejak Khamis lalu. Penyanyi ini turut memaklumkan perkara itu bukan pertama kali berlaku kepadanya.

“Saya tidak pasti siapa yang mereka cerita ini, tetapi ramai yang menghantar mesej di Instagram dan Facebook, memohon maaf kerana terlibat menyebarkan berita palsu berkenaan. Rata-ratanya berumur belasan tahun.

“Ada yang mencadangkan agar saya ambil tindakan, buat laporan ke pihak berkuasa atau failkan saman terhadap pelaku.

“Tetapi buat masa sekarang, saya boleh maafkan sebab saya tahu antara yang terlibat menjadi penyebar adalah remaja yang tidak matang,” jelasnya.

Kata Ezad lagi, dia keliru dan tidak tahu tujuan dan niat pelaku mengada-adakan fitnah tentang dirinya. Harapannya agar kesalahan itu segera dihentikan kerana telah mengelirukan ramai pihak.

“Saya kesal, tajuk artikel menyatakan saya meninggal dunia, walhal kandungan artikel menceritakan tentang keluarga saya yang meninggal dunia.

“Saya tak pasti apa yang si pelaku mahukan dengan tindakan sebegini. Yang pasti, dia telah mengelirukan orang ramai.

“Zaman sekarang ramai yang sekadar baca tajuk artikel berbanding keseluruhan penulisan. Tolong jangan buat perkara yang mengelirukan masyarakat,” pintanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya