KUALA LUMPUR: “Saya tidak pukul dan curang.” Itu penegasan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung tiga rakaman video pertelingkahan membabitkan beliau dan isterinya yang tular di media sosial sejak semalam. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, apa yang berlaku hanya perselisihan faham antara dirinya dan isteri berkaitan masalah rumah tangganya. Dalam hal itu, kata beliau, pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk menjalankan siasatan.…










