Saman fitnah terhadap Khalid Samad: Rayuan penganalisis politik ditolak - Utusan Malaysia

Saman fitnah terhadap Khalid Samad: Rayuan penganalisis politik ditolak

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berhubung kes saman finah yang dikemukakan beliau terhadap bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar menolak rayuan itu melalui prosiding yang dijalankan secara sidang video.

Beliau mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu bahawa kenyataan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu adalah komen berpatutan dan mengarahkan Kamarul Zaman membayar kos RM10,000.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada wakil media oleh peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Khalid.

Pada 29 April 2022, Mahkaman Sesyen menolak tuntutan saman Kamarul Zaman selepas mendapati Khalid berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan atau komen yang wajar.

Pada 28 Julai 2020, Kamarul Zaman memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk ‘Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pagar Makan Padi’.

Penulisan itu dibuat Khalid pada 26 Mei 2017 ketika memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul Zaman terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, ‘Becoming Hannah’ melalui rencana bertajuk ‘Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya