KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan sumbangan politik akan dirujuk kepada salah satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan diwujudkan tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Bagaimanapun, katanya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul akan mengumumkan pewujudan jawatankuasa pilihan khas nanti dan rang undang-undang berkenaan akan dirujuk kepada salah satu jawatankuasa itu. “Saya akan jawab secara bertulis…










