Rozali teruja beri hadiah tetuang kepada Tengku Mahkota Pahang

Rozali teruja beri hadiah tetuang kepada Tengku Mahkota Pahang

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menerima tetuang atau trompet yang dihadiahkan Rozali Abdul Rani (dua dari kanan) di Temerloh, Pahang. – FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Penggiat seni wari­san tertuang Pahang, Rozali Abdul Rani 48, teruja dapat menghadiahkan tetuang atau dikenali sebagai trompet Melayu kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rozali berkata, beliau juga teruja apabila Pemangku Raja Pahang turut berkenan me­nurunkan tandatangan penerimaan hadiah itu sebagai bukti ilmiah dan rujukan.

“Saya berasa bangga apabila tetuang kembar dihasilkan oleh saya, satunya akan disimpan oleh Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di istana. Satu lagi saya simpan sebagai koleksi.

“Kata puitis turut saya catat­kan di lembaran tandatangan iaitu biar kedudukan setinggi awan, namun jiwa tidak tertawan, di jiwa tersemat mutiara, raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Rozali ber­kata, sumbangan kepada Pe­mangku Raja Pahang bagi me­mohon sokongan dan restu ba­ginda untuknya meneruskan usa­ha memartabatkan tetuang su­paya dikenali serta diwarisi oleh generasi masa kini.

Beliau juga memohon soko­ngan pihak yang berwajib dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat membantu untuk membina bengkel dan bilik pameran tetuang.

“Saya berhasrat membina bengkel dan bilik pameran tetuang di Kuala Mai, Kuala Krau, di atas tanah pusaka milik sendiri,” katanya.

Menurutnya, tetuang yang berfungsi sebagai alat komunikasi pada zaman dahulu diperbuat daripada tanduk kerbau jantan yang boleh mengeluarkan bunyi atau gema menerusi getaran selepas ditiup.

“Tetuang turut digunakan untuk memanggil atau memberitahu sesuatu maklumat. Penggunaannya boleh disaksikan dalam filem Melayu klasik termasuk filem arahan Allahyarham Tan Sri P.

Ramlee se­perti Nujum Pak Belalang dan Pancha Delima yang membuktikan tetuang boleh menjadi alat penting untuk berkomunikasi,” katanya.

Tambah beliau, tetuang atau lebih dikenali sebagai trompet Melayu kini hanya boleh dilihat secara eksklusif pada majlis-majlis tertentu seperti istiadat diraja, tetamu kehormat ataupun majlis keraian.

“Jadi saya mengambil inisiatif membuat dan memperkenalkan semula tetuang kepada generasi hari ini apabila menyedari ia semakin hilang ditelan zaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN