Ribut landa Sintok pula, kampus UUM terjejas

Ribut landa Sintok pula, kampus UUM terjejas

KEJADIAN ribut terbaharu yang melanda kampus UUM di Sintok, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ribut melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok di Kubang Pasu kira-kira pukul 3 petang ini mengakibatkan kejadian pokok tumbang sehingga menghempap dan merosakkan beberapa kenderaan.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira 30 minit itu turut mengakibatkan kerosakan pada beberapa struktur bangunan pentadbiran dan akademik universiti berkenaan selain menyebabkan dinding kaca pecah.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi, anggotanya bergegas ke kawasan berkenaan sejurus menerima panggilan kecemasan daripada pihak universiti bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Hujan lebat dan angin kencang melanda Mukim Temin mengakibatkan pokok tumbang menimpa kenderaan, kerosakan bumbung, garaj kenderaan serta menghalang jalan dan laluan di kampus tersebut.

“APM menerima laporan bencana kira-kira pukul 5 petang daripada orang awam dan tindakan diambil untuk membersihkan pokok tumbang di kawasan terjejas,” katanya di sini hari ini.

Ini adalah kejadian kedua di Kubang Pasu, selepas 23 Mac lepas apabila ribut menyebabkan kerosakan pada khemah peniaga selain merosakkan bumbung rumah di Pokok Sena dan Yan pada kelmarin serta khemah bazar Aidilfitri di Padang Serai, semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang fasa peralihan monsun daripada Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negeri di barat Semenanjung termasuk Kedah bermula 23 Mac hingga pertengahan Mei depan.

Fasa peralihan itu diramal menyebabkan kejadian hujan lebat, angin kencang dan puting beliung pada sebelah petang di seluruh negeri ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya