Restoran Nasi Dagang Atas Tol saji 4,000 hidangan percuma

Restoran Nasi Dagang Atas Tol saji 4,000 hidangan percuma

PENGURUS Besar NDAT Cawangan Bandar, Shazlan Taieffu Azlan (tengah) menyantuni pelanggan sempena program hidangan percuma di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/AKAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RESTORAN makanan tradisional terkenal, Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) semalam menyediakan sebanyak 4,000 hidangan percuma sempena sambutan Ramadan.

Hidangan nasi dagang itu disediakan di empat cawangan restoran tersebut iaitu di Kampung Atas Tol, Padang Negara, Padang Hiliran dan Bandar di Terengganu.

Program itu yang memasuki tahun keempat bertujuan meraikan kesetiaan pelanggan mereka selama ini.

Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan umat Islam menyambut kedatangan Ramadan yang sinonim dengan amalan bersedekah sepanjang bulan mulia itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN