Reese Witherspoon, suami umum perpisahan menerusi Instagram - Utusan Malaysia

Reese Witherspoon, suami umum perpisahan menerusi Instagram

NEW YORK: Selepas hampir 12 tahun bergelar suami isteri, pelakon, Reese Witherspoon dan suami, Jim Toth akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai.

Lapor Abc News, kedua pasangan itu, membuat pengumuman untuk berpisah menerusi satu kenyataan bersama yang dibuat baru-baru ini.

“Dengan sepenuh pertimbangan, kami telah membuatkan keputusan untuk berpisah.

“Kami menjalani tahun-tahun yang indah bersama, dan akan bergerak ke depan menghormati kebahagiaan yang kami bina bersama,” umum mereka menerusi Instagram.

Reese dan Jim memohon agar diberi ruang privasi buat masa ini. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Reese terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ryan Phillippen dan memiliki dua anak bersama.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN