Rasuah: Wakil rakyat kerajaan turut disiasat - PM

Rasuah: Wakil rakyat kerajaan turut disiasat – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan hanya ahli Parlimen pembangkang malah terdapat wakil rakyat blok kerajaan disiasat pihak berkuasa berhubung kes rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak tahu jawatan ahli Parlimen terlibat, namun ada siasatan dibuat terhadap pihak berkenaan.

Katanya, terserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan pendakwaan individu terlibat.

“Saya tidak tahu khusus, tetapi saya dimaklumkan memang ada siasatan melibatkan blok pembangkang dan kerajaan. Saya tidak tahu jawatannya dan sebagainya, bila tahu soalan ini saya hanya bertanya kepada pihak penguatkuasaan, mereka sahkan memang ada siasatan.

“Kemudian sama ada pendakwaan dibuat atau tidak, itu terserah kepada badan penguatkuasaan itu Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang bertanyakan sama ada terdapat ahli Parlimen kerajaan juga disiasat selain pemimpin pembangkang pernah disiasat sebelum ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau tiada masalah sekiranya PKR disiasat sekiranya terlibat dalam unsur rasuah dalam derma politik.

Beliau kemudian menjelaskan, perlu difahami penerimaan dana politik yang dikaitkan pemberian kontrak merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang.

“Cuma soalnya kena faham undang-undang, tiada percanggahan daripada sudut undang-undang untuk mana-mana orang derma kepada parti politik yang dikaitkan adalah soal kepentingan dengan unsur rasuah, kerana pemberian kontrak dan orang memberi kontrak itu dikehendaki memberikan dana kepada syarikat atau individu atau parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya