Rapid Rail henti operasi LRT di 6 stesen

Rapid Rail henti operasi LRT di 6 stesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid Rail Sdn. Bhd. menghentikan operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen laluan Ampang-Sri Petaling bermula Ahad ini. 

Menurut kenyataannya, ia melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur. 

Jelasnya, perkhidmatan itu dihentikan kerana tren digunakan untuk perkhidmatan di antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan perkhidmatan atas faktor keselamatan.

“Ia susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lepas. 

“Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad in, sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya