Rangka, bangkai haiwan dalam kondominium: Penyewa ditahan

Penyewa ditahan berkaitan penemuan rangka, bangkai kucing dalam kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dipercayai kucing di sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki berusia 31 tahun yang merupakan penyewa unit kondominium terbabit ditahan semalam di sekitar Cheras. 

“Suspek kini direman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan,” katanya ringkas hari ini. 

Semalam, polis mengesahkan sedang mengesan identiti suspek selepas satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan terdapat penemuan puluhan rangka dan bangkai haiwan di dalam sebuah unit kediaman kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras dekat sini. 

Penganalisa Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika dilapor berkata, penemuan itu susulan aduan penduduk sebuah berhubung bau busuk di kediaman berkenaan.

Pemilik kediaman yang dihubungi kemudian melakukan pemeriksaan di rumahnya yang disewa seorang lelaki tempatan berusia 30-an pada 11 Mac lalu terkejut mendapati berpuluh rangka haiwan di dalam premis terbabit.

Susulan itu, Dwi Andika menggesa siasatan segera dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berikutan sehingga kini tiada maklum balas positif selepas laporan dibuat 13 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya