Ramelle tanding Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak - Utusan Malaysia

Ramelle tanding Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak

RAMELLE ASHRAM RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, Ramelle Ashram menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak pada pemilihan parti itu 18 Mac ini.

Ramelle Ashram, 45, yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, beliau menawarkan diri bertanding untuk jawatan itu bersama hasrat untuk memperkasakan Pasir Salak.

Ini kerana beliau merasakan sudah sampai masanya satu transformasi dilakukan di Pasir Salak.

Menurutnya, sehubungan itu beliau yakin gandingannya dengan Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Khairul Azwan Harun atau Wan Bro, yang bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian,  merupakan pasukan yang sesuai untuk membawa pembaharuan.

“Saya nak buat perubahan di Pasir Salak. Kalau nak kata saya mahu teruskan legasi Tan Sri (bapa), apa yang dia buat, saya nak buat penambahbaikan terhadap apa yang telah ada di sini, supaya orang kampung maju bersama,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ramelle berkata, dalam kalangan adik beradiknya, hanya beliau seorang yang terlibat dalam politik buat masa ini.

Katanya, penglibatannya itu merupakan sesuatu yang semula jadi mungkin kerana sejak dari kecil lagi bapanya sudah membawanya ke kampung di sini dan penduduk di sini mengenalinya sejak berumurnya tiga atau empat tahun lagi.

“Saya rasa minat sangat dalam hal politik kerana saya melihat ada peluang utuk membantu kampung saya.

“Ya, bapa memberi restu penglibatan saya dalam politik, juga ibu merestui jalan tuju saya. Bapa tak pernah memaksa, dia tak beri beri galakan yang lebih-lebih, terpulang kepada saya, tapi saya rasa macam semula jadi untuk saya masuk dalam gelanggang politik

“Untuk jawatan (seperti bapa), itu bukan keputusan saya, tapi saya nak mula daripada bahagian dan kita tengok macam mana ke depan, kalau boleh saya nak membuat perubahan di Pasir Salak,” katanya.

Ramelle merupakan Ketua UMNO Cawangan Kampung Pasir Salak dan ini kali kedua beliau bertanding jawatan yang sama selepas pemilihan pada tahun 2008.

Sementara itu, mengenai keahliannya dalam UMNO yang dipertikaikan kerana dikatakan beliau juga merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ramelle berkata, beliau merupakan ahli UMNO yang sah dan perkara itu boleh disemak dalam daftar keahlian parti itu secara atas talian.

“Saya ahli UMNO yang sah, ini boleh dibuktikan dalam portal UMNO online dan nama saya ada dalam senarai keahlian.

“Baru-baru ini saya menang pemilihan Ketua UMNO Cawangan Kampung Pasir Salak dan ini telah disahkan oleh JPU (Jawatankuasa Pemilihan UMNO), ada surat daripada Tan Sri Shahrir Ab. Samad (Pengerusi JPU) yang mengatakan mesyuarat itu sah, maka sahlah saya ketua cawangan. Jadi itu pegangan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya