Rakyat Selangor masih pilih PH - Utusan Malaysia

Rakyat Selangor masih pilih PH

PH
AMIRUDIN Shari (dua, kanan) bersama Anthony Loke (tengah) semasa gimik pelancaran konvensyen itu di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Rakyat Selangor dikatakan masih menyokong Pakatan Harapan (PH) termasuk dalam kalangan pengundi Melayu sekaligus memberi keyakinan kepada parti itu untuk terus kekal mentadbir negeri ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dapatan tersebut diperolehi sepanjang tinjauannya terhadap pandangan rakyat dalam pelbagai program rasmi dan tidak rasmi peringkat negeri.

“Malah, kajian yang dibuat Dr. Ong Kian Meng (Bendahari DAP Selangor) mendapati undi bukan Melayu ke atas PH agak tinggi (pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu).

“Selain itu, undi orang Melayu juga tinggi untuk kita. Kalau tidak, tak kan kita menang di Parlimen Gombak dan Ampang pada November lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2023, hari ini.

Pada November lalu, PH berjaya memenangi 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor manakala selebihnya pula dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Justeru, Amirudin mengakui masih banyak yang dilakukan untuk memenangi kerusi di bahagian Selangor utara, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu.

Bagaimanapun, beliau yakin kelebihan PH sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan diyakini dapat membantu PH dapat menawan semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas sebelum ini seperti di Batang Kali dan Jeram.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa partinya masih berunding dengan Amirudin berhubung jumlah kerusi yang bakal mereka akan pada PRN kelak.

“Rundingan masih dijalankan tapi kami harap dapat lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya yang lalu. Apapun, saya meletakkan sasaran kepada DAP Selangor, iaitu mereka perlu mempertahankan 16 kerusi DUN Selangor yang dimenangi mereka sebelum ini,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya