Puteri Sarah ganggu rumah tangga orang lain – Syamsul - Utusan Malaysia

Puteri Sarah ganggu rumah tangga orang lain – Syamsul

Syamsul Yusof hadir bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memasuki fasa terbaharu apabila lelaki itu mendakwa isteri pertamanya curang dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Gangguan tersebut berterusan sehingga pada satu tahap, isteri kepada bekas kekasih Sarah itu menghubungi Syamsul dan ‘mengugut’ untuk menyebarkan kelakuan wanita itu di media sosial.

Hasrat itu bagaimanapun terhenti selepas Syamsul me­rayu kepada wanita terbabit agar tidak berbuat demikian bagi menjaga aib Sarah.

Itu merupakan salah satu alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan oleh Syamsul terhadap Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

Alasan-alasan lain yang di­nyatakan dalam tuntutan tersebut ialah Sarah keluar daripada rumah kelamin mereka selama dua tahun, enggan kembali taat kepada suami walaupun pelbagai usaha dibuat dan mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berbaur fitnah terhadap Syamsul.

Nusyuz merupakan permohonan mensabitkan isteri telah derhaka atau tidak patuh kepada perintah suaminya.

Jika disabitkan dengan nu­syuz,­ isteri tidak berhak untuk menerima nafkah.

Terdahulu Pendaftar Mah­kamah Syariah, Harun Hashim membenarkan permohonan peguam-peguam syarie, Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong untuk penyerahan saman dan sesalinan pernyataan tuntutan permohonan nusyuz itu kepada Sarah di luar bidang kuasa ekoran wanita itu tinggal di Kuala Lumpur.

Ia ditetapkan untuk sebutan semula 6 April ini.

Sementara itu buat pertama kali sejak kemelut itu berlaku, Syamsul membuka mulut memberikan penjelasan isu balik tabir rumah tangganya.

“It’s about time (Dah tiba masanya). Bukan nak membalas balik apa yang Sarah cakap tetapi umum, Sarah (sendiri) perlu tahu perkara sebenar.

“Saya masih ingin selamatkan rumah tangga. Saya, suami pun ada silap. Isteri pun ada silap, kita manusia tetapi kita jaga aib. Mungkin salah saya mendiamkan diri sehingga ibu bapa sendiri tidak tahu perkara sebenar. Tetapi makin saya diam, keadaan makin teruk.

“Tidak ada suami yang boleh terima isteri sendiri curang dengan suami orang lain,” katanya.

Pengarah filem Munafik itu turut berulang kali menjelaskan keenggannya membuat sebarang kenyataan sebelum ini adalah bagi menjaga aib Sarah.

“Saya rasa Sarah, mungkin dia suka dengan ‘mileage’, sensasi yang dia dapat tapi dia perlu ingat pada penghujungnya, dia tetap isteri saya, dia masih perlu tidur sekatil dengan saya dan saya masih sayangkan dia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya